Berdasarkan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, iPhone 5 yang dilancarkan pada 19 September 2012 yang lepas berkemungkinan bakal dilancarkan di Malaysia pada hari jumaat ini iaitu pada 2 November 2012. Khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini ternyata hanya omongan kosong, dimana dikhabarkan iPhone 5 bakal dilancarkan pada 19 Oktober 2012 hanyalah ura-ura belaka.
Agak kecewa juga sebenarnya apabila pada 19 Oktober 2012 itu tiada sebarang pelancaran mahupun pre-order untuk iPhone 5. Saya sempat berkunjung ke epiCentre Pavilion Kuala Lumpur selepas itu, sempat tanya seorang staff disitu, katanya iPhone 5 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2012. Sekali lagi, agak kecewa disitu apabila tiada juga pelancaran pada tarikh berkenaan.
Ada juga ura-ura mengatakan bahawa tarikh pelancaran pada 26 Oktober 2012 tidak sesuai untuk dilancarkan kerana pada hari yang sama adalah Hari Raya Aidiladha. Dan saya juga ada terbaca bahawa stok-stok iPhone 5 lambat sampai, shipment delayed kot.Dan diharapkan, selepas dua kali tarikh pelancaran di Malaysia dibatalkan, pada 2 November 2012 ini, dapatlah ia dilancarkan.
Disini juga saya ada beberapa kesimpulan, kenapakah pelancaran iPhone 5 ini lambat dilancarkan di Malaysia berbanding Singapore yang dilancarkan sama dengan US.? Saya difahamkan bahawa iOS menduduki tempat pertama di Singapore berbanding Malaysia ditempat ketiga. Nampak? Maksudnya disini, pengguna iOS di negara Singapore yang kecil tu,lagi ramai berbanding pengguna-pengguna di Malaysia yang besar ni.
Sedikit kecewa dan sedih juga dengan rakyat Malaysia ini sebenarnya. Kenapa? Saya selalu mengikuti laman twitter tentang iPhone 5, hanya perlu search keyword ‘iPhone 5 malaysia’ , macam-macam kata cacian yang dilemparkan kepada Malaysia berikutan lambatnya pelancaran iPhone 5 di Malaysia. Pelik dan teruk sangat sikap begitu! Kenapa perlu salahkan Malaysia?. ini adalah keputusan dari Apple.com sendiri. Kena faham disitu. Jangan sampai rakyat luar melabelkan rakyat Malaysia tak beradab.Perghhhhh!
Beberapa blogger terkenal dari OhMedia Network sendiri adalah antara yang terawal memiliki iPhone di Malaysia. Boleh baca review-reviewnya disini.
Jika anda masih keliru samada berbaloi atau tidak untuk menggunakan iPhone 5 ini, boleh baca brainstroming di Justkhai.com.
Jika anda ada like Facebook Switch , iaitu salah satu pengedar rasmi barangan Apple di Malaysia, ada satu post yang berkemungkinan mereka sedang berada dalam meeting untuk iPhone 5 mungkin. Sebabnya, anda boleh perhatikan gambar yang dipos diblurkan.
Mungkin janggal juga, pada acara apple 23 Oktober 2012 yang lepas, apple telah melancarkan iPad Mini, iMac, MacBook Pro Retina Display 13 inch dan iPad 4. Singapura dikhabarkan bakal mendapat iPad Mini pada 2 November 2012 ini, iaitu tarikh yang sama pelancaran iPhone 5 di Malaysia mungkin? redha jea la rakyat Malaysia oi, yang penting jangan maki-maki okey?