Friday, December 23, 2011

Nikon D3100 Merah Unboxing

Red-Nikon-D3100
Nikon D3100 Merah


Seperti yang dijanjikan,kali ini aku nak buat sesi buka kotak Nikon D3100 warna merah yang aku beli awal bulan ini. Niat untuk memiliki DSLR adalah impian aku dari dulu lagi, minat dalam seni photography ni dah lama sebenarnya. Buat masa sekarang, tujuan aku menuntut ilmu dalam bidang ini lebih kepada sekadar hobi. Aku memiliki camera sendiri semasa darjah 5 macam tu,iaitu pada tahun 2003. Time tu kamera digital agak mahal, yang aku dapat beli ialah kamera filem negative tu, harganya tak smpai RM40 kalau tak silap. Pada tahun 2007, aku berjaya mendapatkan handphone dengan usaha aku menabung masa itu, Nokia 3250 adalah telefon berkamera pertama yang aku miliki, sensornya hanya sebesar 2 megapixel, ketika itu, 2 megapixel dianggap kamera yang sudah tercanggih masa itu. Dan sehingga sekarang aku masih lagi menggunakannya.

Akhirnya pada awal tahun 2011, sekali lagi aku berjaya mendapatkan telefon idaman aku,iaitu NOKIA N8. Kepada yang belum membaca,boleh rujuk artikel ini Nokia N8 Setelah 10 Bulan. Dan pada hujung tahun 2011 pula, sekali lagi aku berjaya menunaikan hasrat aku untuk memiliki DSLR. Kenapa aku pilih Nikon? Kenapa bukan Canon? Okey,nanti aku ceritakan. Macam biasa, aku ni seorang yang teliti sedikit, sebelum mendapatkan sesuatu barang itu, aku akan buat research dulu. Apa pro dan contra nya, semuanya aku dapatkan. Aku akan mendengar dari banyak pihak. Alhamdulillah, dengan bantuan Encik Google, aku memperolehi sedikit ilmu sebelum membeli.

Kenapa Nikon D3100? Mungkin ada yang akan bertanya, kenapa aku memilih D3100 dari model-model lain? Pertamanya, DSLR yang akan aku beli ini adalah DSLR pertama aku, untuk newbie macam aku ini,aku rasa D3100 sangat sesuai untuk aku. Apa-apa pun,kita kena bermula dari bawah, ilmu aku dalam bidang fotography ni belum banyak, takkan la newbie mcm aku ni nak terus sambar D7000?..Pendapat aku juga, kamera apa itu tidak penting, yang penting skill untuk menghasilkan gambar yang mantap!


Kenapa Nikon? Dari dulu lagi, Nikon adalah jenama yang aku kagumi. Walaupun sepanjang aku buat research tu aku ada juga menjenguk Canon, hati aku tetap memilih Nikon walau betapa hebatnya Canon. Muktamad! Nikon adalah produk yang aku percaya akan kemampuannya. Pengguna Canon jangan lak marah yea, aku tak cakap yang Canon tu tak bagus cuma hati aku ni dah sebati dengan Nikon. Seorang lecture Multimedia di tempat aku belajar (Bukan lecture aku) tu ada kata, dia memilih Nikon kerana Nikon hanya menumpukan pada satu produk iaitu kamera, mean R&D yang diorang laburkan akan lebih berkesan macam tu. Maksudnya juga, diorang tak payah pening-pening nak memikir pasal produk lain, sebabnya produk mereka hanya satu,iaitu kamera. Canon tumpu pada kamera sahaja ke? Sony? tak kan,diorang banyak produk..


Akhirnya pada 01122011 ( 1 DECEMBER 2011 ), bertempat di Nikon Shop ,Suria KLCC aku berjaya mendapatkan Nikon D3100 warna Merah. Aku memilih warna merah sebab warna ni sangat rare dalam banyak-banyak DSLR. Lagipun aku nak lain dari yang lain sikit..:D Kalau kat luar,misalnya kat Plaza Low Yat, NIKON D3100 merah ni harga lebih mahal dari dari warna hitam, set baru Nikon D3100 Hitam, RM1600 dah boleh dapat.
Harganya ialah RM1998, iaitu harga rasmi dari Nikon ketika ini, dan pekerja kat situ juga cakap kat aku yang berkemungkinan pada bulan March 2012 nanti, harga Nikon akan naik berikutan stock-stock yang semakin berkurangan ekoran banjir yang melanda Thailand.

Apa ada dalam kotak?
1) Nikon D3100 Camera
2) BS-1 accessory shoe cover
3) DK-20 rubber eyecup
4) BF-1B body cap
5) EN-EL14 rechargeable Li-ion battery ( with terminal cover )
6) MH-24 battery charger ( with plug adapter ) 
7) AN-DC3 strap ( warna merah )
8) ViewNX 2CD
9) Quick Start Guide
10) User’s Manual
11) Warranty
12) DK-5 eyepiece cap
13) Ferrite core ( Big & Small)
14) AF-S VR DX 18-55mm F3.5-5.6 G
15) UC-E4 USB Cable ( Tak de tulis dalam guide,tapi diorang bagi dalam kotak. setahu aku, yang beli set hitam,memang xdpt USB ni )


Free Items?
1) Free Extended Warranty ( 1 + 2 year)
2) Velbon DF-50 Tripod
3) Toshiba 8GB SDHC Memory Card ( Class 4 )
4) Nikon N228 DSLR Camera Bag
5) Nikkor Tumbler 24-70mm


Gambar barang dalam kotak


D3100 Unboxing
D3100 Box + 18-55mm VR Kit


DK-5 eyepiece cap

DK-5 eyepiece cap D3100
Pandangan Belakang
DK-5 eyepiece cap D3100
Pandangan Hadapan


MH-24 battery charger ( with plug adapter )
MH-24 battery charger D3100
Pandangan Hadapan
MH-24 battery charger D3100
Pandangan Belakang

User’s Manual
User’s Manual D3100
207 Muka surat


Ferrite core ( Big & Small)
Ferrite core D3100
Ferrite core D3100
Mungkin yang tertanya-tanya, apakah kegunaan benda ini? Sebenarnya benda digunakan untuk melajukan rate transfer file, klipkan benda ni kat wayar USB, transfer file akan menjadi lebih cepat dan laju.
Ferrite core D3100
Tadaa..,klipkan jea kat wayar USB,dan start tranfer file, you will see the different

UC-E4 USB Cable
UC-E4 USB Cable D3100
UC-E4 USB Cable D3100
Aku ada baca satu blog ni, tak ingat lak, dah lama dah,masa aku tengah research-research dan baca review D3100. Nikon D3100 warna hitam memang tak didatangkan sekali dengan USB Cable, even kat Guide yang aku beli ni pun dia tulis USB Cables are sold separately. Nikon D3100 Merah baru sahaja dilancarkan pada August 2011, mungkin ramai yang complaint sebab diorang tak bagi USB Cable, then diorang bagi. Ada sape2 yang beli D3100 hitam sekarang? dapat atau tak USB Cable dalam kotak? bukan yang dapat free dari kedai yea.. kongsi la kat komen. Sebab klu versi merah,USB Cable memang ada dalam kotak.



Gambar Barang free items



Nikon N228 DSLR Camera Bag
 
Nikon N228 DSLR Camera Bag D3100

Nikon N228 DSLR Camera Bag D3100
Suka beg ni, simple dan kecil.



Velbon DF-50 Tripod
Velbon DF-50 Tripod

Velbon DF-50 Tripod
Tripod ni didatangkan sekali dengan bag tripod dan ada timbang air bagi memudahkan untuk mendapat balance yang sama.


Nikkor Tumbler 24-70mm
Nikkor Tumbler 24-70mm
Nikkor Tumbler 24-70mm
Smart gila tumbler ni,mesti air lagi bertambah sedap klu minum dalam ni.





Tak semua gambar barang free dan barang dalam kotak aku letak kat sini, sebahagian jea. Empat hari selepas aku beli, iaitu pada 4 Disember 2011, aku mengikuti kelas basic DSLR, yuran kelas tu hanya RM50 iaitu dari jam 11pagi-5petang. Kebanyakkan adalah pengenalan kepada camera dan cara untuk mengendalikan kamera dengan betul.
Nikon Workshop Berjaya Times Square
Bersama-sama peserta dan tenaga pengajar,bertempat di Nikon Berjaya Times Square.
Credit Picture to fb Nikon Club Malaysia | Selangor/KL

Setakat ini sahaja aku nak celoteh pasal Nikon D3100, kalau ada sebarang pertanyaan yang ingin dilontarkan, boleh tanya di ruangan komen di bawah atau LIKE Facebook fan page aku,dan tanya jea kat ruangan wall.


PS : InsyaAllah untuk next entry, maybe aku akan buat Nikon D3100 vs Nokia N8. Gambar-gambar perbandingan aku telah ambil semasa berada di Langkawi tempoh hari, sukar untuk nampak perbezaannya. Nak tahu, kena tunggu dan rajin la usher blog ni okey.





Saturday, December 10, 2011

Nokia N8 Setelah 10 Bulan

 

06042011954

 

Last aku menulis dekat blog yang dah memang sah bersawang ni adalah dalam setahun yang lepas cam tu. Fuhhh!!..lama tu. InsyaAllah aku mungkin akan kembali rajin untuk menaip, atau sebaliknya la..hihi..Bukan apa, malas sesangat sangat..haha..Okey,stop the mukadimah mengarut-mengarut, back to topik yang akan aku bincangkan harini. Yeahhh!

Sebenarnya, sejak dari November 2010 lagi aku dah bercita-cita atau mengidamkan sangat-sangat smartphone Nokia N8. Sejak dari situ, aku buat research, join Komuniti Nokia N8 Malaysia kat fb. Bukan apa, aku nak dapatkan ilmu dan nak mengenali produk itu betul-betul sebelum membeli. Harganya pula bukan murah, beribu beriban!.Boleh katakan sepanjang tempoh tu, makan, tidur, mandi aku ditemani bayangan Nokia N8. Aku juga ada buat research kat blog-blog, dan kebetulan time tu Maxis10 telah memilih 10 orang blogger bertuah untuk membuat review tentang N8. Salah sorangnya adalah blogger terkenal iaitu owner OhMedia, Khai ( Justkhai.com) . Aku paling suka baca review kat blog dia, sebab review dia tak bias iaitu tak berat sebelah.

Lagi satu yang buat aku jatuh cinta dengan Nokia N8 ini adalah kerana phone ini didatangkan dengan Kamera 12 Megapixel dan satu-satunya smartphone di dunia ni(sampai sekarang) yang mempunyai sensor paling besar dalam sesebuah telefon bimbit!. Fuyohhhh!!…Yang lagi fuyohhh nya, iPhone 4s yang baru saja dilancarkan Apple baru-baru ini pun belum dapat menandingi Nokia N8 yang dah berusia setahun lebih dipasaran. Until present, N8 memegang takhta sebagai satu-satunya smartphone yang mempunyai sensor yang paling besar,iaitu 1.7.

Setelah segala research dibuat dengan secukup-cukupnya, ilmu didada pun dah penuh dengan segala maklumat N8, akhirnya pada tanggal 11022011 - (11 Feb 2011), bertempat di Nokia Berjaya Times Square(IT Centre), satu perjanjian jual beli telah dimeterai antara aku dan penjual. Harganya mungkin sedikit mahal pada masa itu, iaitu RM1620 dan itu adalah harga rasmi dari Nokia. Harganya sudah berkurangan sekarang,RM1300 dah boleh dapat. Dari 5 pilihan warna yang ditawarkan pada masa itu(sekarang terdapat 6 warna), warna Oren telah menjadi pilihan hati.MUKTAMAD!. Firstly aku pergi Nokia Pavilion, namun Warna Oren telah kehabisan stock, pada waktu itu, warna Oren adalah limited dari warna-warna yang lain. Akhirnya aku berjaya juga dapatkan kat Times Square.Yeahhaaaa!

Nokia N8 Oren

Gambar ni disnap semasa sesi jual beli berlangsung..Open-mouthed smile

Akhirnya setelah sekian lama mengidam, NOKIA N8 berada dalam genggaman. Apa lagi,sesi mengodek pun akan bermula. Demi menjaga phone yang baru dibeli, segala-galanya dilakukan secara berhati-hati.Haha..Bayangkan dua hari selepas beli tu, sim card pun aku tak masukkan lagi, maklum la nak get familiar first with the phone.Haha..Plastik yang cover camera tu pun aku tak tanggalkan.Sayang wooo,harga beriban,kena la jaga elok-elok..haha..

Okey, kat bawah ni aku nak tunjukkan sikit gambar yg sempat aku snap masa mula2 testing camera, time tu plastik cover kat belakang camera tu pun belum buka, that why kualiti gambar sedikit kabur dan TERUK!..

 

GAMBAR

11022011001

Gambar pertama yang di Snap, Nokia N8 box.

11022011002

Dah dapat N8 pun muka masyam lagi..haha..

12022011032

Chinese New Year decoration at Times Square.

 

 

12022011033

Testing Macro Mode.

 

 

12022011036

Macro Mode.

 

 

16022011137

Waktu malam.

 

 

16022011141

Macro Mode yang ada bokeh.

INGAT : Gambar-gambar kat atas diambil tanpa membuka plastik cover camera,so kualiti sedikit teruk. Mungkin anda kurang jelas tentang perbezaannya. Jom scroll bawah kalau nak tahu.

 

27022011319

Okey, ini adalah gambar yang disnap dalam keadaan gelap gelita, dan tanpa membuka plastik cover camera. Jom kita buka cover kat belakang camera, tengok apa jadi.

27022011320

Tadaaaaaa!..gambar yang lebih cantik dan lebih ohsem.!

Kenapa aku beria-ia nak tunjuk perbezaan?..haha..bukan apa, sebenarnya, ramai yang beli N8 then bila diorang snap gambar, tngok kualiti gambar teruk, diorang cakap Nokia tipu bla bla bla. Sebabnya diorang tak buka plastik cover kat blakang tu.

 

VIDEO

Macam mana lak dengan kualiti video?..komen aku TERBAIK!!…dengan HDnya, boleh sambung HDMI lagi. Wow!!..aku ada upload video nie kat YouTube beberapa bulan yang lepas, so enjoy la.

 

Diedit sepenuhnya melalui Nokia N8,menggunakan aplikasi CameraPro.

 

Ini pula dirakam dengan menggunakan default camera Nokia N8.

 

Waktu malam menggunakan default camera.

KETAHANAN

Kalau nak cakap tentang ketahan aku tak berapa nak pasti la.,tapi klu apa yg diberitahu oleh Nokia tentang ketahan Nokia N8 dan juga beberapa bukti yang dirakam semasa ujian ketahan Nokia N8 dilakukan di kilang Nokia, aku boleh berbangga la. Walaupun kita tahu akan ketahanan sesebuah phone tu, takkan la kita saja-saja nak test kan?. ada ke yang saja-saja nak test, baling phone dari tingkat 10 ka..korang berani?..tapi ada manusia-manusia yang tak sayang harta benda ni diorang test. Macam-macam cara penyiksaan yang dilakukan ke atas Nokia N8..kejam kan?..nak tahu korang search la kat youtube. TETAPI walaupun berbagai seksaan dilakukan, Nokia N8 tetap utuh dan masih boleh berfungsi seperti biasa. Kalau nak dibandingkan dengan phone-phone yang lain, Nokia N8 berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Sebenarnya, aku pun menjaga gila-gila phone aku, supaya tak jatuh, tak calar.Namun kalau benda nak jadi.,jadi gak. Actually dah 3 kali phone aku terhempas/terjatuh kat atas simen.Ulang yea, jatuh atas simen. Ketiga-tiganya terjatuh di atas simen.Wow, Alhamdulillah, N8 aku masih lagi utuh dan berjalan seperti biasa, hanya kesan calar yg ditinggalkan sebagai bukti yang dia pernah mencium simen.haha


Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan, tapi mungki di next entry la..rasanya cukup kot aku merungkai tentang Gambar, Video dan Ketahanan Nokia N8 untuk entri kali ini.

26032011740

Sedap mata memandang bila senyum..hihi

PS: InsyaAllah, untuk next entry aku akan berkongsi tentang DSLR yang baru saja aku beli beberapa hari yang lepas, dan mungkin aku akan buat entri perbandingan diantara Nokia N8 vs DLSR!..jadi tunggu yea, dan jangan lupa jadi follower blog nie,boleh subscribe RSS atau bookmark jea terus.

 

 

 
Google Analytics Alternative