Sunday, July 30, 2017

(Part 2) - Itinerary ke Tokyo, Kawaguchiko & Chureito Pagoda, Mt Fuji selama 6 hari 5 malam



Ini adalah sambungan dari part 1 yang lepas. Kepada yang belum baca part 1, silakan ke link ini :
PART 1 : http://nasrulz.blogspot.my/2017/07/part-1-itinerary-ke-tokyo-kawaguchiko.html





DAY 4 ( 23 JANUARI 2017)



· Shinjuku
· Kawaguchiko
· Chureito Pagoda, Mt. Fuji.

Untuk hari ke-4 ni, memang dah dikhaskan satu hari suntuk untuk ke Kawaguchiko, bas pagi bertolak pada jam 7:15 AM, memang on-time ya bas ni, tetap-tepat baru dia bergerak. Disebabkan sehari sebelum tu dah survey kawasan Shinjuku, dah tahu kedudukan station basnya, so setibanya di Shinjuku, takde lah rasa terpinga-pinga sangat. Bukan apa, dah la bas bertolak awal pagi, takut sesat dan takut tertinggal bas, so sebab itu lah sehari sebelum itu ke Shinjuku dahulu untuk survey. Manakala bas dari station Kawaguchiko bertolak pada jam 5:10PM ke Shinjuku.

Tujuan utama ke Kawaguchiko adalah untuk ke Chureito Pagoda, iaitu salah satu tempat yang paling famous di Jepun berlatar belakangkan pemandangan Mt. Fuji. Chureito Pagoda ni terletak di atas bukit, so untuk naik keatas, perlu panjat dalam 400 anak tangga. Makesure bawa bekalan air and stamina dah get ready. Station train paling dekat untuk ke Chureito Pagoda adalah Station Shimoyoshida. Ambil perhatian ya, Tokyo Metro Pass tidak boleh digunakan disini, tetapi jika anda pemegang JR Line pass, ia valid digunakan disini. So tiket individual diperlukan disini.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Shinjuku – Kawaguchiko Station (Bas)                                                       ¥1750
Kawaguchiko Station – Shimoyoshida Station                                              ¥300
Shimoyoshida Station – Kawaguchiko Station                                              ¥300
Kawaguchiko Station – Shinjuku (Bas)                                                        ¥1750
Shinjuku – Sugamo (Tokyo Metro Pass)_2nd Pass                                         N/A

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Total Transport Per Person                                                                            ¥4100
------------------------------------------------------------------------------------------------



Awal-awal pagi lagi dah sampai Station bas Shinjuku, bas bertolak tepat jam 7:15 AM.




Bila kaunter dah buka, bawa keratin tempahan bas dari website tu, bagi kat person in cgarge tu, bayar harga tiket dan nanti dia akan bagi tiket yang macam ni.



Tunggu dekat platform yang di arahkan, maklumat-maklumat perjalanan bas juga ada dipaparkan di skrin setiap platform.



Perjalanan dari station Shinjuku ke Kawaguchiko Station mengambil masa dalam 1 jam 45 minit, jangan tidur, rugi nanti..enjoy the view, boleh dah nampak Mt. Fuji dari dalam bas.



Lagi view yang superb cantik sepanjang perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchiko.



Pemandangan dari dalam train semasa menuju ke Station Shimoyoshida. Ride dia slow jea dan view sepanjangan perjalanan sangat cantik.



Ini pula pemandangan Mt. Fuji dari dalam train semasa menuju ke station Shimoyoshida dari station Kawaguchiko.



Once dah sampai station Shimoyoshida, untuk ke Chureito Pagoda, kena berjalan lebih kurang dalam 40 minit macam tu. Thank kepada one of the RTJ group member yan share peta gambar ni.



Dalam pada masa berjalan kaki untuk ke Chureito Pagoda, anda akan di saljikan dengan pemandangan yang menarik.



Ini antara Torii Gate yang anda akan jumpa sebelum anda memanjat 400 anak tangga ke Chureito Pagoda.



Antara 400 anak tangga yang perlu anda panjat.



Ini antara pemandagan Mt. Fuji yang dapat anda lihat sepanjang memanjat anak tangga ke atas, penat lelah tak terasa apabil disajikan pemandangan yang superb ni.



Ini lah Chureito Pagoda dari pandangan hadapan.



Mesti anda pernah lihat kan gambar ni.? Ini lah gambar yang paling popular melambangkan negara jepun. Mt. Fuji dan Chureito Pagoda.



Jangan lepaskan peluang datang ke Chureito Pagoda.



Dah puas dekat atas bukit, dalam perjalanan turun ke station Shimoyoshida, anda di saljikan lagi dengan pemandangan yang menarik dengan hamparan sajli-salji yang memutih.


Ini lah rupa train gate di kawasan Shimoyoshida.



Hamparan karpet putih.



Dekat kawasan station Shimoyoshida ni, terdapat juga convenient store mcm Lawson.


Dalam perjalanan balik ke Station Kawaguchiko, naik pula train Thomas yang comel ni.



Platform-platform di Station Kawaguchiko.


Ini pemandangan Station Kawaguchiko berlatar belakangkan Mt. Fuji with snowcap.





DAY 5 ( 24 JANUARI 2017)



· Daiba
· Asakusa
· Shibuya
· Ikebukuro


Last trip tahun lepas memang ke Daiba, tapi tak pergi ke Gundam Statue, so kali ni memang plan nak ke Gundam Statue, memandangkan ia akan dirobohkan pada March 2017, sekarang memang dah totally dirobohkan, dan statue baru dalam pembinaan. Setibanya di Diver City, terasa lapar pula kan, terus google makanan halal yang terdapat disekitar situ, macam dah rezeki terpijak, terus jumpa satu kedai makanan Jepun, terletak di tingkat atas Diver City, berdekatan Daiso. Kedai ni mendapat pengiktirafan Halal dari Malaysia, so makan lah tanpa was-was. Makanan dia sangat sedap, portion banyak dan murah. Boleh baca review saya pasal restaurant ni pada post yang lepas.


· https://www.facebook.com/groups/265067703826977/permalink/397462810587465/


Memandangkan train ke Daiba tidak valid untuk Tokyo Metro Pass, so tiket individual perlu dibeli. Selepas ke Daiba, perjalanan diteruskan ke Asakusa, then ke Shibuya, ke Ikebukuro. Plan malam tu hanya santai-santai, mengikut kaki melangkah, dalam pada masa yang sama mencari kedai 3Coin, untuk membeli souvenir berupa Tote Bag Japan. Tak semua 3Coin ada jual beg ni, puas mencari sampai ke Ikebukuro, akhirnya kembali ke Shibuya, dan beg tu ada dijual di 3Coin situ. Yang tak tahu, 3Coin tu nama kedai, macam Daiso juga, tapi semua barang harganya ¥300.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sugamo – Toyosu (Tokyo Metro Pass)                                                        N/A
Toyosu – Daiba (Yurikamome Line)                                                            ¥320
Daiba – Toyosu (Yurikamome Line)                                                            ¥320
Toyosu – Asakusa (Tokyo Metro Pass)                                                        N/A
Asakusa – Shibuya (Tokyo Metro Pass)                                                       N/A
Shibuya – Ikebukuro (Tokyo Metro Pass)                                                    N/A
Ikebukuro – Shibuya (Tokyo Metro Pass)                                                    N/A
Shibuya – Sugamo (Tokyo Metro Pass)                                                        N/A

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Total Transport Per Person                                                                            ¥640
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemandangan Mt. Fuji dari dalam train Yurikamome Line menuju ke Daiba station.



Gundam Statue



Gundam Statue yang terletak bersebelahan Diver City Tokyo Plaza.



Raibow Bridge dan Liberty Statue di Odaiba.




Set Makanan di Sojibou, Diver City Tokyo Plaza.



Kepada peminat Pikataro, boleh dapatkan merchandize nya di Wego, Diver City, Tokyo Plaza.




Tokyo Skytree dari Asakusa



Asakusa



Shibuya Night View





DAY 6 ( 25 JANUARI 2017)



· Akihabara ( Pergi lagi sebab nak beli jam GShock)
· Tsukiji Market



Okey, ini hari terakhir, awal pagi lah dah siap-siap untuk check-out. Dah jadi kebiasaan, sebelum check-out guest house, mesti kemas bagi cantic-cantik dahulu sebelum keluar. Check-out sini pada jam 11:00 AM, tapi of course awal-awal dah keluar. The best thing is, setibanya di KL, dpt email dari host yang dia sangat happy sebab bilik sangat kemas katanya, macam takde orang duduk. Alhamdulillah, dalam masa yang sama dapat lah bagi persepsi yang bagus kepada host luar terhadap pengunjung Malaysia. Selepas check-out, terus ke station Daimon, dan hanya walking distance ke Hamamatsucho Station untuk simpan beg-beg di locker station ini. Kenapa Hamamatsucho station? Sebab dari sini, boleh terus ambil monorail ke airport Haneda. Saya ambil locker yang paling besar, berharga ¥700 . Selepas itu, baru lah perjalanan diteruskan ke Akihabara untuk shopping saat-saat akhir, akhirnya dapat juga beli jam GShock di Yodobashi. Kalau dah sampai sini, jangan lupa beli Pablo Mini original dari Japan. Then dari Akihabara, terus ke Tuskiji Market, kononnya nak shopping area-area situ lah, sebab murah, tapi malangnya kedai-kedai area situ dah tutup pada waktu petang. Padan muka sendiri, ni gamble plan sebenarnya.

End up singgah Starbuck dekat area-area station Daimon, beli souvenir Starbucks. Then terus berjalan ke station Hamamatsucho, ambil beg dan terus ke Airport Haneda. Memang kena sampai awal, risau apa-apa jadi, terlepas flight nangis tak berlagu. Alhamdullillah manage to sampai awal, dalam 8:30PM kaunter drop bag dah dibuka. Flight dari HND ke KUL bertolak pada jam 11:45 PM, dan tiba keesokkannya pada jam 6:30AM waktu Malaysia. Nak remind sikit ya, staff AirAsia Japan strict sikit pasal hand luggage ni, dia akan check beg sebelum masuk dalam flight, makesure hanya 2 bag sahaja dibawa masuk, kalau 3 dia tak bagi.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sugamo – Daimon (Tokyo Metro Pass)                                                   N/A
Daimon – Akihabara (Tokyo Metro Pass)                                                N/A
Akihabara – Tsukiji Shijo (Tokyo Metro Pass)                                         N/A
Tsukiji – Daimon (Tokyo Metro Pass)                                                      N/A
Hamamatsucho – Haneda Aiport (Tokyo Monorail)                                ¥490

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Total Transport Per Person                                                                         ¥490
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sugamo Street, dapat tengok budak-budak sekolah tadika dibawa bersiar-siar ke Sugamo Street.



Pintu masuk utama ke Sugamo Street.



Locker simpanan beg di Hamamatsucho station.



G-Shock GB400, beli di Yodobashi-Akiba, Akihabara. Tourist dapat diskaun tax.



Pablo Mini Akihabara



Pelbagai jenis perisa ditawarkan di Pablo Mini Akihabara.



Pablo Mini Akihabara, tempat dia berdekatan dengan Station JR Akihabara.



Sebelum dapat beli, tak sah kalau tak beratur panjang.


Kat sini lah borong barang Starbuck, siap dapat tengok view Tokyo Tower dari sini.




Dalam penerbangan balik, order Nasi Dagang Air Asia X, satu set RM20.





Itu sahaja antara tentative itinerary saya sepanjang 6 hari berada di bumi Jepun. Negara yang penuh dengan kemajuan dan rakyat yang paling mesra sekali. Last tips dari saya, untuk menyemak harga penerbangan yang murah, boleh check melalui website

· https://www.skyscanner.com.my

Manakala untuk penginapan pula, saya mengesorkan HotelCombined melalui website mahupun Apps.

· Website https://www.hotelscombined.com
· iPhone/iPad : https://itunes.apple.com/us/app/hotelscombined-hotel-search/id378011496?mt=8
· Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.hotelscombined.mobile



PERBELANJAAN

Ini adalah perbelanjaan saya untuk seorang, selama 6 hari berada di Jepun, perbelanjaan ini termasuk transport, train dan bas, makan & minum, dan juga lain-lain seperti shopping. Tukaran pada masa itu ialah ¥1000 = RM38.40. Jika di jumlahkan ¥44,525 = RM1709.76.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Transport day 1 – day 6                                    :                                    ¥8,830
Makan Minum day 1 – day 6                           :                                    ¥10,976
Lain-lain (Shopping etc)                                  :                                    ¥24,719

----------------------------------------------------------------------------------------------------
TOTAL                                                                                                  ¥44,525
----------------------------------------------------------------------------------------------------





Jika total keseluruhan perbelanjaan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ticket return AirAsiaX                                      :                                    RM975.08
Guest House 5D4N                                            :                                    RM311
Makan dalam flight return                                 :                                    RM40
Travel Insurance                                                :                                    RM89.90
Total ¥44,525                                                     :                                    RM1709.76

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
TOTAL                                                                                                  RM3125.74
----------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kalau trip yang lepas, all in perbelanjaan saya termasuk ticket flight return, guest house dan perbelanjaan semasa disana baru RM1999 sahaja, tetapi untuk trip kali ini, expenses tu bertambah sikit sebab banyak transport ke Chureito Pagoda, shopping dan makan, plus duit ¥ perbelanjaan yang lepas semasa trip 2016 masih ada balance banyak, so saya guna untuk trip kali ini. Nak lagi jimat? Anda boleh kurangkan expenses untuk shopping tu.

Link untuk part 1 : PART 1 : http://nasrulz.blogspot.my/2017/07/part-1-itinerary-ke-tokyo-kawaguchiko.html

Saturday, July 29, 2017

(Part 1) - Itinerary ke Tokyo, Kawaguchiko & Chureito Pagoda, Mt Fuji selama 6 hari 5 malam





Ini adalah itinerary ke Tokyo, Jepun selama 6 hari 5 malam. Trip kali ini adalah tertumpu kepada kawasan bandar Tokyo, Kawaguchiko dan Chureito Pagoda, iaitu salah satu kawasan yang famous untuk melihat pemandangan Mt. Fuji dari atas bukit. Trip ini adalah trip musim sejuk (winter season) iaitu pada January 2017 yang lepas.

Untuk pengetahuan semua, trip ke Tokyo ini adalah trip yang kedua saya selepas trip pada musim sejuk tahun lepas iaitu Januari 2016. Time ni saya dapat merasai pengalaman bandar Tokyo dilimpahi salji tebal, keadaan yang sangat jarang-jarang sekali berlaku di Tokyo. Untuk pengetahuan semua, pada musim sejuk di Tokyo, adalah sangat mustahil untuk salji turun, kalau ada pun, mungkin hanya sekali dalam setahun pada awal tahun. Kepada pembaca yang nak recap trip saya yg lepas, boleh baca melalui pautan link ini.


Itinerari Travel 5 Hari Cara Bajet Di Tokyo Dengan Kos Asas RM350

https://www.thevocket.com/itinerari-travel-di-tokyo-selama-5-hari/



Trip ini adalah dari 20 Januari 2017 – 25 Januari 2017.


Sebelum merancang segala aktiviti mahupun merangka jadual perjalanan dan tempat-tempat yang ingin ditujui, adalah penting untuk memastikan persiapan telah dilakukan dengan sebaiknya dan dengan teliti. Antara perkara-perkara penting yang perlu diambil kira sebelum merancang sesuatu trip adalah seperti berikut :






1) MENEMPAH TIKET PENERBANGAN PERGI DAN BALIK.


Sudah pastinya ini adalah perkara yang paling penting sekali, menempah tiket penerbangan pergi balik ke Tokyo, memastikan bajet anda, airlines dan juga airport yang akan di tujui.


Untuk trip kali ini, saya menaiki penerbangan terus dari AirAsia X, dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Haneda, Tokyo.


Tempahan awal dibuat iaitu kira-kira 3 bulan sebelum penerbangan, iaitu pada 18 Oktober 2016.




Harga untuk 2 pax adalah RM1950.16 termasuk harga 30KG baggage untuk seorang pergi dan balik. Harga baggage memang hanya check untuk seorang sahaja, so dah dapat jimat dekat sini, kongsi-kongsi checked baggage. Untuk harga return KUL – HND seorang pax hanya RM975.08. Tempahan dibuat boleh dikatakan di saat-saat akhir juga, iaitu kira-kira 3 bulan sebelum penerbangan, so harga return tiket seorang ini boleh dikatakan tidaklah terlalu mahal, dan juga tidak terlalu murah.



2) MENEMPAH TEMPAT PENGINAPAN


Adalah penting untuk mendapatkan dahulu tarikh penerbangan anda, dan selepas itu barulah boleh fikir tentang tarikh penginapan, di mana nak menginap, dan berapa malam nak menginap?. Banyak faktor yang saya kaji sebelum memilih tempat penginapan, antaranya mesti dekat dengan station train, murah dan juga mempunyai kelengkapan seperti Microwave, sebab senang nak panaskan lauk Brahim..hihi





Untuk trip kali ini, saya stay di kawasan Sugamo setelah mengambil kira pelbagai faktor, antaranya dekat dengan station train dan murah. Di sini saya hanya stay 4 malam sahaja bermula pada 21 Januari 2017 check-in, dan check-out pada 25 Januari 2017. Sebenarnya, pada 20 Januari 2017, setibanya di Airport Haneda, iaitu pada 10:30 PM, selepas mengambil kira atas faktor masa, kami bercadang hanya bermalam sahaja di airport sementara menunggu keesokan paginya apabila perkhidmatan train mula beroperasi.


Total 4 malam untuk 2 pax adalah RM622, iaitu hanya RM311 untuk seorang, atau hanya RM77.75 sahaja untuk satu malam, seorang.


Untuk tempahan sebarang bilik penginapan di dalam atau luar negara, saya mengesyorkan untuk menempah dari laman web https://www.hotelscombined.com atau App HotelCombined, iaitu perkhidmatan menempah bilik penginapan dibawah satu website, yang akan membandingkan harga yang terbaik diantara website-website lain.



3) MUSIM DAN CUACA TEMPAT YANG INGIN DILAWATI


Ini adalah perkara yang paling penting juga untuk kita kaji, Jepun adalah negara beriklim 4 musim, pastikan musim yang ingin dilawati dan membuat persediaan rapi sebelum berangkat kesana. Dari awal lagi memang saya nak repeat trip winter, tak sabar rasanya nak tngok Mt. Fuji dengan snowcap nya secara lebih dekat. Musim sejuk di Jepun khususnya di Tokyo, bermula pada awal December sehingga February. Untuk check musim-musim lain, boleh klik sini https://www.japanspecialist.co.uk/travel-tips/weather-seasons/

Suhu disekitar bandar Tokyo adalah bawah 10°C , dan pada waktu malam boleh mencapai sehingga 0°C. Tak lupa juga, periksa suhu-suhu kawasan lain yang ingin dilawati. Untuk trip kali ini, saya ke kaki gunung Mt. Fuji, iaitu Kawaguchiko. Suhu disekitar kawasan ini adalah -1°C kebawah. Bersiap siaga lah dengan sejuknya, walaupun dah pakai tebal-tebal sekalipun, sejuknya menusuk ketulang, dan diingatkan, kawasan station Kawaguchiko adalah station keretapi lama, alat pemanas pun old school ya, so tak terasa pun panasnya.

Macam biasa, untuk persediaan dari segi pakaian, pakai lah long john, heattech shirt, baju sejuk, better beli jea di Uniqlo Malaysia sebab harga Uniqlo di Jepun sedikit mahal ya, dan kalau tak kedekut, beli lah set baju dan long john di Universal Traveller, harga sepasang memang mahal dalam RM300-400, tapi berbaloi untuk suhu sejuk bawah 10°C ni, jangan jadi macam saya, dah la tak tahan sejuk, kedekut nk beli baju mahal, setakat beli dekat Uniqlo, smpai sana menggigil..ahahaha.


Untuk tip jimat, dapatkan baju-baju winter bundle yang berkualiti tinggi dari bundle Sasuke Premium Bundel Outlet : http://sasukepremiumoutlet.my


Saya selalu check cuaca dan suhu sesuatu kawasan di website ni, http://www.accuweather.com/en/jp/tokyo/226396/month/226396?monyr=1/01/2017


Untuk ramalan cuaca dan suhu yg lebih tepat, check dalam masa 3 hari sebelum bertolak kesana. Dan perlu diingatkan, pada musim sejuk, waktu siangnya pendek, bandar Tokyo sudah mulai gelap pada jam 5 petang.


4) SENARAIKAN TEMPAT-TEMPAT YANG INGIN DILAWATI.


Untuk next tips, sudah pastinya adalah senarai-senarai tempat yang ingin dilawati. Sebenarnya, ada a few place yang saya dah pergi masa first trip 2016, tetapi saya akan repeat untuk revisit kembali tempat tersebut untuk trip 2017. Bukan apa, rasa macam tak puas, dan nak pergi melawat lagi dan lagi. Hanya orang yang dah pernah ke Jepun sahaja mungkin merasai benda ini..hihi..Antara tempat-tempat pilihan saya untuk trip kali ini adalah :


· Yokohama
· Shibuya ( Re-visit, favorite spot yang mesti pergi walau dan pernah pergi)
· Akihabara ( Gila tak re-visit, rambang mata kat sini, kali ni shooping lebih sikit..hehe )
· Harajuku ( Takashita Street, dulu tak sempat pergi sebab ke Meiji Jingumae, berhadapan Takashita Street)
· Shinjuku (Kawasan dai sangat-sanagt besar, disini lah station bas nak ke Kawaguchiko)
· Kawaguchiko
· Chureito Pagoda
· Daiba ( Re-visit, last time tak sempat visit Gundam Statue, kali ni ambil peluang lawat Gundam Statue sebab dirobohkan pada March yang lepas)
· Asakusa
· Tokyo Metropolitan Government Building


So ini adalah senarai-senarai tempat yang saya lawati untuk 6 hari trip saya kesana.



5) TRANSPORT DAN PASS


Adalah sangat penting untuk merangka perjalanan anda dengan teliti supaya setiap perjalanan anda di Tokyo tidak over budget dan tak buang masa. Train, bas dan juga berjalan kaki adalah pengerak utama semasa disana. Disaat ini, setiap lokasi yang ditujui, harga tiket train dan juga masa perjalanan ke sesuatu tempat adalah perkara yang PALING penting sekali. Rujukan utama yang saya buat adalah melalui website


· http://www.hyperdia.com


Website ini sangat penting kerana setiap station yang ingin ditujui, dipaparkan syarikat train, masa perjalanan, dan juga harga tiket. Ini lah rujukan utama dalam merangka sesuatu perjalanan.


Selepas memastikan cara ke sesuatu tempat yang ingin ditujui, dan perbandingan harga terendah dipastikan, pilihan yang dibuat samada memilih JR Pass ataupun Tokyo Subway Pass..? Jika dilihat dari segi tempat-tempat yang ingin saya tujui, kawasan-kawasan itu berdekatan dengan station train Tokyo Metro, malah, kawasan penginapan saya juga, iaitu Sugamo dapat di akses dengan Tokyo Metro.


Selepas mengambil kira budget dan sebagainya, pilihan terbaik dan murah untuk dipilih ialah dengan Tokyo Metro Pass. Untuk maklumat mengenai pass itu, boleh klik sini


· http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/index.html


Option yang ditawarkan adalah 24-hour, 48-hour dan 72-hour ticket. Saya memilih untuk membeli 48-hour ticket X 2 pcs, iaitu untuk kegunaan selama 4 hari. Apa yang bagusnya tentang ticket ini adalah, kegunaanya limited dan masa 48 jam dikira bermula dari trip pertama anda. Once ticket disentuh di mesin gate, tarikh dan masa expired tiket terus dipaparkan dibelakang tiket anda.


Untuk trip kali ini juga, saya membuat reservation tiket bas untuk ke Kawaguchiko Station, pilihan ini dibuat kerana harganya yang lagi murah dari menaiki train. Jika anda pemegang pass JR Pass, and boleh terus kesana dengan menggunakan pass tersebut. Reservation boleh dibuat melalui website yang disediakan tanpa sebarang charge dikenakan, bas bertolak dari station bas Shinjuku, dan waktu perjalanan bas itu sangat-sangat lah on time. Reservation boleh dibuat melalui website ini



· https://www.highwaybus.com/gp/inbound/index?lang=EN



Harga return seorang adalah ¥3500 ( ¥1750 one way ). Masa perjalanan adalah selama 1 jam 45 minit.








Sila printkan maklumat yg dihantar melalui email, bawa maklumat tu ke kaunter bas, dan baru lah membuat pembayaran di kaunter tersebut. Mudah sekali.


6) MERANGKA JADUAL PERJALANAN LENGKAP


Sebelum ini anda mungkin hanya merangka draft jadual perjalanan anda. Ada orang memang suka gamble semasa trip, tapi bagi saya, lebih selamat kalau dapat merangka jadual perjalanan sepanjang anda berada disana secara lebih lengkap.
























Diatas adalah contoh itinerary lengkap yang saya buat untuk trip saya dan ini adalah dokumen yang paling penting untuk dijadikan rujukan sepanjang berada disana.



7) TRAVEL INSURANCE


Perlu saya tekan kan disini, kemana sahaja destinasi kita ke luar negara, ambil lah travel insurance, ini adalah ‘nyawa’ anda jika berlakunya perkara yang tidak diingini, travel insurance pilihan saya adalah dari AIG Malaysia, selepas membuat perbandingan diantara syarikat-syarikat insurance yang lain, ternyata AIG adalah lebih berbaloi dari segi claim dan sebagainya.


· https://www.aig.my/personal/travel/travel-insurance







Saya memilih pakej premium, harga yang dipaparkan adalah untuk dua orang iaitu RM179.60, untuk seorang hanya RM89.90 untuk perlindungan selama 7 hari di Jepun, perlindungan insurance ini dikira disaat kapal terbang anda berlepas, sehinggalah disaat penerbangan anda mendarat, dalam kes ini, penerbangan saya mendarat di KLIA pada hari ke-tujuh,iaitu pada 26 Januari 2017.




8) PERSEDIAAN-PERSEDIAAN LAIN


· Pastikan passport anda valid dan tarikh tamat tempoh tidak kurang dari 6 bulan semasa tarikh perjalanan anda.


· Simpan number embassy dan daftarkan diri anda melalui website ini https://ekonsular.kln.gov.my/en/ bagi memaklumkan kedatangan anda.


· Persediaan dari segi makanan yang ingin dibawa, saya mengesyorkan makanan pack segera dari BRAHIM, hanya perlu panaskan guna microwave, dan saya juga membawa bekalan makanan seperti serunding dan juga sambal bilis.


· Scan passport dan juga IC anda, then email kan untuk simpanan jika berlakunya kecemasan yang tidak diingini.



· Tukar duit Yen, pilihan saya adalah di money changer MidValley, harga yang berpatutan. Tukaran semasa pada waktu itu adalah ¥1000 = rm38.40.



· Pastikan juga anda bersiap sedia dari segi fizikal dan mental, kerana sepanjang anda berada disana, jalan kaki adalah peneman anda setiap masa. Get ready awal-awal.



· Sort dan kategorikan perbelanjaan anda, sejenis tabiat selepas mengambil kira segala jenis kos dan perbenlajaan, saya akan kategorikan perbelanjaan dan asingkan untuk keperluan seperti transport, perbelanjaan dan tidak lupa juga asingkan sekali duit emergency.






Itu adalah antara point-point penting dalam membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan. Dibawah adalah tentative itinerary saya sepanjang trip saya ke sana.



DAY 1 ( 20 JANUARI 2017)

-------------------------------------------------------------------

KL Sentral – KLIA2                                           RM12
Set makanan dlm flight                                       RM20

-------------------------------------------------------------------

Total Transport Per Person                                 RM32

-------------------------------------------------------------------


Flight Air Asia X dari KUL ke HND berlepas pada jam 2:40PM waktu Malaysia, dan tiba di Haneda pada jam 10:30PM waktu Jepun.


Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, urusan imigresen dan juga claim baggage mengambil masa lebih kurang 1 jam, bergantung kepada ramai atau tidak que di imigresen pada masa itu. Selepas selesai segala urusan kira-kira pada jam 11:30PM, saya terus bergegas ke Tourist Information Center(TIC) untuk membeli Tokyo Metro Pass. TIC dibuka sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Dari awal lagi, keputusan dibuat untuk bermalam sahaja di airport sementara menunggu waktu operasi train bermula esok paginya.

------------------------------------------------------------------------------------------

48-hour Ticket Tokyo Metro Pass                                          ¥1200 (2 pcs)

------------------------------------------------------------------------------------------

Total Transport                                                                 Per Person ¥2400

------------------------------------------------------------------------------------------



Pak Naser’s Nasi Lemak, satu set ni RM20.



Dah sampai Airport Haneda, lepas dah selesai urusan imigresen, banner Welcome to TOKYO 2020 menyambut anda.




Okay ini lah rupa 48-Hour Ticket for Tokyo Subway Pass. Harga setiap satu adalah ¥1200, so untuk seorang ni saya beli 2 keping 48-hour ticket, untuk kegunaan transport selama 4 hari pada hari ke-2 & hari ke-4.



DAY 2 ( 21 JANUARI 2017)

· Yokohama
· Shibuya
· Sugamo
· Roppongi


Untuk hari kedua, setelah waktu train mula beroperasi, destinasi pertama yang ingin ditujui adalah Yokohama, memandangkan lokasinya yang tidak jauh dari Airport Haneda. Untuk ke Yokohama, Tokyo Metro Pass tidak boleh digunakan, untuk itu, tiket individual perlu dibeli untuk kesana. Selepas berjalan-jalan di area Yokohama, next destinasi adalah Shibuya, dan selepas itu ke Sugamo untuk check-in guest house. Untuk ke Sugamo, di station Shibuya lah Pass Tokyo Metro digunakan, dan ia akan valid selama 48 jam. Waktu untuk check-in guest house adalah pada jam 3:00PM. Jarak perjalanan dari station train Sugamo ke guest house adalah lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Untuk ke guest house, saya perlu melalui Sugamo Street, walaupun tidak crowded dan happening seperti Takashita Street, tetapi ia tetap menyeronokkan dan perjalanan ke guest house tidak terasa. Dikawasan Sugamo street ini juga terdapat kedai ¥100 , 24 hour McDonald, Aeon yang dibuka sehingga 12 malam, yang menariknya, ada produk-produk halal terus dari Aeon Malaysia dijual di sini, Lawson, Family Mart dan juga 7E. Selepas check-in, next destinasi adalah ke Roppongi, iaitu ke salah satu Starbucks Reserve yang terbesar di Tokyo, iaitu di Gate Tower.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Airport Haneda – Yokohama Station                                                         ¥450
Yokohama Station – Minatomirai                                                              ¥180
Minatomirai – Yokohama                                                                           ¥180
Yokohama – Shibuya (JR Line)                                                                  ¥390
Shibuya – Sugamo (Tokyo Metro Pass)_1st Pass                                        N/A
Sugamo – Azabu-Juban (Tokyo Metro Pass)                                               N/A
Roppongi – Sugamo (Tokyo Metro Pass)                                                    N/A

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Total Transport Per Person                                                                        ¥1200

-----------------------------------------------------------------------------------------------




Ini lah pandangan Panorama di Yokohama, angin sangat lah kuat, sejuknya menggigil.




Bangunan pencakar langit di Bandar Yokohama.




Kepada peminat Hard Rock Café, jangan lepaskan peluang anda untuk ke Hard Rock Café, Yokohama.



Shibuya Crossing, tourist spot paling famous di Tokyo. 



Shibuya Crossing



McDonald 24 hour berdekatan Station Tokyo Metro Sugamo.




Aeon Supermarket di Sugamo Street, dibuka sehingga 12 Tengah Malam.




Yang bestnya, dalam Aeon ni ada jual produk-produk Halal dari Aeon Malaysia, dan Halal dari Jakim.




Starbucks Reserve Gate Tower, Roppongi.




Tsutaya Starbucks Reserve Gate Tower, album Yuna pun ada jual dekat sini.




DAY 3 ( 22 JANUARI 2017)


· Akihabara
· Takashita Street
· Tokyo Metropolitan Government Building
· Shinjuku

Pada trip yang lepas, semasa ke Akihabara, ada satu Flee Market ni, yang dibuat pada setiap Ahad pagi, barang-barang yang dijual sangat-sangat lah murah dan masih baru. So untuk kali ini, sekali lagi tak nak lepaskan peluang ke Flee Market itu, so awal-awal pagi lagi dah bertolak ke Akihabara, survey-survey harga barang dan sudah pastinya shopping..ahaha. Seperti kebiasaannya, pada setiap Ahad bermula jam 10 pagi, jalan-jalan disekitar Akihabara akan ditutup dari sebarang kenderaan, so boleh tengok lah ramai pengunjung diatas jalan raya pada waktu itu.

Selepas ke itu, destinasi seterusnya adalah ke Takashita Street, sini memang sangat happening dan crowded gila dengan pengunjung, sampaikan nak berjalan pun berhimpit-himpit. Dah alang-alang kesini, memang nak cari biskut kapal murah pun, so far, dari apa yang member-member group Road To Japan (RTJ) share, disini lah harga biskut kapal yang paling murah, iaitu hanya ¥59 sekotak. Apa lagi, borong lah terus. Selepas ke Takashita Street, destinasi seterusnya adalah ke Tokyo Metropolitan Government Building (TMGB), untuk kesini, hanya perlu berhenti di station Tochomae. TMGB ini adalah salah satu viewing deck percuma untuk pengunjung, untuk menaiki keatas, hanya perlu beratur di bawah. Pemandangan waktu malam bandar Tokyo sangatlah amazinggggg…jangan lepaskan peluang kalau kesini yaaa.

Dan selepas itu ke Shinjuku, tujuan kesini adalah untuk survey dimana kedudukan Station Bas, sebab pada awal pagi esoknya, saya perlu kesini on time untuk menaiki bas ke Kawaguchiko. Dalam pada masa yang sama, nak cari ZakuZaku, iaitu sejenis makanan cream puff yang super sedap, ini pun dapat idea selepas ada member group RTJ yang share. Dah sedia maklumkan, kawasan Shinjuku ni sangat-sangatlah besar, bayangkan nak cari kedai ZakuZaku tu, berpusing-pusing dikawasan tu, senang kata memang sesat lah..ahaha. Dan akhirnya, jumpa juga kedainya, 4 batang ZakuZaku hanya ¥1000 sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sugamo – Akihabara (Tokyo Metro Pass)                                                  N/A
Akihabara – Meiji-Jingumae (Tokyo Metro Pass)                                      N/A
Meiji-Jingumae – Tochomae (Tokyo Metro Pass)                                      N/A
Tochomae – Shinjuku (Tokyo Metro Pass)                                                 N/A
Shinjuku – Sugamo (Tokyo Metro Pass)                                                     N/A

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Total Transport Per Person                                                                           N/A
-----------------------------------------------------------------------------------------------



Akihabara town.



Kalau lapar, makan lah kebab, sedap dan mengeyangkan perut. Hanya ¥500 sahaja. 




Meiji-Jingumae Station, hadapan station ni dah Takashita street. Cantik seni bina station ni, dengar kata akan dirobohkan untuk beri laluan kepada projek Tokyo Olimpik 2020.




Laluan masuk utama ke Takashita Street, berjuta orang dekat sini, nak masuk pun berhimpit-himpit.




Crepes memang famous dekat sini, dan banyak gila kedai-kedai crepes.



Gula Kapas aka Cotton Candy di Takashita Street.



Free observation deck dekat Tokyo Metropolitant Government Building pada tingkat 44. 




Night view of Bandar Tokyo, cantik sangat-sangat.




Atas sekali tu lah Shinjuku Bus Station.


Dekat Tokyo ni, nak beli apa-apa makanan, tak sah kalau line dia tak panjang, so kena beratur lah dulu yea demi ZakuZaku.



Dekat Tokyo ni, nak beli apa-apa makanan, tak sah kalau line dia tak panjang, so kena beratur lah dulu yea demi ZakuZaku.



Kalau ke Shinjuku, jangan lupa singgah ke ZakuZaku ya, and cawangan lain ZakuZaku juga terdapat di Takashita Street.



BERSAMBUNG KE PART 2 : LINK or https://nasrulz.blogspot.com/2017/07/part-2-itinerary-ke-tokyo-kawaguchiko.html

Monday, December 3, 2012

(CONFIRM) iPHONE 5 DI MALAYSIA PADA 14 DECEMBER 2012

 

colorware-iphone-5-xl

 

Semestinya, ramai yang menanti-nantikan berita gembira ini. Setelah beberapa kali rumours tentang pelancaran iPhone 5 di Malaysia yang dikatakan tidak berlaku sama sekali. Hari ini, Apple sendiri telah mengeluarkan sendiri berita rasmi bahawasanya, iPhone 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 14 December 2012 ini, iaitu 10 hari dari sekarang. Sudah bersediakah anda?

Mengikut kenyatann rasmi dari pihak Apple, kemungkinan besar harga iPhone 5 adalah sama dengan harga iPhone 4s, bermula dari RM2,199 untuk 16gb. iPhone 5 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Apakah warna pilihan anda? Saya akan memilih warna putih.

Sumber : http://www.apple.com/pr/library/2012/12/03iPhone-5-Arrives-in-South-Korea-More-Than-50-Additional-Countries-in-December.html

 

Wednesday, November 28, 2012

(Video) Ajari Aku–Anuar Zain


Nora

LIRIK

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu




Wednesday, November 7, 2012

Info Pelancaran iPhone 5 di Malaysia Hujung November.


iPhone 5 malaysia

  
 UPDATE 10/11/12 : Tarikh baru pelancaran iPhone 5 di Malaysia. Pre-order start 23 November 2012 dan start jual pada 30 November. Sumber dari twitter @Shiblivision . Entah betul entah tidak kali ini, aku pun kurang pasti. Tahap kepercayaan aku tentang tarikh pelancaran dah semakin berkurang berikutan dan 150 juta kali delayed

19 Oktober, 26 Oktober & 2 November adalah tarikh dimana dikatakan akan dilancarkan iPhone 5 di Malaysia. Malang sekali, tiada langsung pelancarannya sehingga ke hari ini  (7 November 2012). Khabar angin terbaru tentang pelancaran iPhone 5 di Malaysia adalah berkemungkinan  sekali bakal dilancarkan pada hujung November ini, 30 November 2012. Tiada khabar berita tentang pelancarannya dari telco-telco di Malaysia mahupun pengumumuan rasmi dari pihak Apple Malaysia sendiri. Sedangkan Nano-Sim untuk iPhone 5 sudah diperkenalkan oleh Maxis, Digi dan Celcom hampir sebulan yang lalu.

Buat masa sekarang, ura-ura tentang pelancarannya pada 9 November 2012 ini sangat tipis dan berkemungkinan sama sekali (PASTI) akan tiada langsung pelancarannya. Kalau ada, ‘Welcome to Malaysia iPhone 5’. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dikhabarkan pada hujung bulan November ini. Kalau lebih awal, lebih baik.

PS : Ohhh..bilakah iPhone 5 nak dilancarkan di Malaysia ni, dah berjanggut juga ak menunggu!..mesti kapal sesat kat lautan sebab guna Apple Maps..no komen!..hahaha


 
Google Analytics Alternative